Friday, August 21, 2009

MENINGKATKAN PROFESIONALISME SETIAUSAHA




SEBELUM ini ........


mungkin ramai ibu bapa tidak begitu bersetuju jika anak gadisnya mahu bergelar setiausaha. Bagi mereka, lebih baik anak-anak menjadi jurutera, akauntan, arkitek, doktor atau setidak-tidaknya seorang guru kerana kerjaya tersebut dilihat lebih profesional berbanding setiausaha.
Apatah lagi, kebanyakan masyarakat ketika itu memandang rendah kerjaya setiausaha terutama dengan wujudnya tanggapan menyatakan mereka yang bergelar setiausaha adalah wanita cantik yang seksi dan gatal, malah sering dilabel sebagai penggoda. Tidak kurang yang beranggapan mereka ini kaki ampu dan suka membodek bos.
Namun, senario itu telah lama berubah.
Kini, bidang kesetiausahaan dilihat sebagai satu lapangan profesional yang sama penting dengan kerjaya lain dan turut mempunyai masa depan yang cerah.
Antara institusi pengajian tinggi swasta yang giat melahirkan ramai setiausaha berkebolehan ialah Institut Generasi yang terletak di Jalan Leboh Ampang, Kuala Lumpur.
Di institut ini, pelajar diberi pendedahan latihan kemahiran industri yang mirip amalan kerja sebenar yang bukan sahaja dapat membantu graduan tersebut tetapi juga organisasi tempat mereka bekerja kelak.
Kaunselor dan Ketua Jabatan Pembangunan dan Kemajuan institut tersebut,
Suhaila Osman berkata, sukatan pelajaran yang disediakan melalui program Pengurusan Perniagaan dan Kesetiausahaan amat menarik dan lebih berorentasikan kerjaya sebenar.
Institut juga menyediakan jadual waktu kuliah yang fleksibel bagi membolehkan pelajarnya memilih jadual pembelajaran mengikut kesesuaian sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.
''Ini membolehkan mereka dapat menguruskan jadual tanpa mengganggu aktiviti kerja harian," jelas Suhaila.
Bagaimanapun katanya, untuk program Pengurusan Perniagaan dan Kesetiausahaan, institut yang telah 10 tahun beroperasi ini memberi peluang kepada mereka untuk mengubah gaya hidup dengan memegang jawatan bertaraf profesional terutamanya setiausaha mahupun pembantu peribadi.
Suhaila berkata, pengambilan hanya dibuat setahun sekali dan pendaftaran dibuka sekarang hingga 5 Mei 2010
Jika berminat, kunjungi Institut Pendidikan Generasi di 51-53, Jalan Leboh Ampang, Kuala Lumpur (berhampiran LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus ini. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-20704081 (CIK SU/SHELLY).


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

No comments:

Post a Comment